Pada suatu malam yang sunyi...3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok
sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku
diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba
membuktikan kehebatan masing-masing.
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik
semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi
Pontianak A.
Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
Pontianak B yang terkesima dengan prestasi cemerlang Pontianak A terus terbang dengan
kelajuan 40 km sejam yakni lebih pantas dari Pontianak A, dan 10 saat kemudian balik
semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada
keseluruhan mulut pontianak tersebut.
Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
Kedua2 ekor Pontianak A dan C langsung terkujut dengan ketereran Pontianak B..Tapi..mana
boleh jadi!!! Lalu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa
5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada
mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...
11 years ago
0 comments:
Post a Comment