Wedding Cake

Thursday, August 21, 2008







Sape yg nak kawin tu bolela tempah kek cam ni........

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Wednesday, July 23, 2008

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan
saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta
saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh
yang lain. Sem ua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu
yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik
yang tidak terbatas.



Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat
Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi
aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut
berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan
turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang
sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama
aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula
memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan
semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati
untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yang
dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara
tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai
perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut
satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang
berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa
bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk
di bahagian depan otak dan korteks.


Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.


Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

BUKU "AKHIRAT " ( BERHATI-HATI)

Sunday, July 20, 2008

Kerajaan telah meluluskan pengunaan perkataan "GOD kepada ALLAH" kepada
Kristian untuk penyebaran dakwah mereka di Malaysia. Ini adalah

hasilnya..
Mengelirukan orang Islam dan mungkin anak anak kita bakal terpedaya dgn
helah mereka.

Berhati hati muslimin dan muslimat.


Tuan/Puan ,

Pada 4 Mac 2008 lalu, saya (bukan mok) telah menerima senaskah buku kecil berjudul
"Akhirat" yang diletakkan di cermin kereta saya di Wangsa Maju.

Pada mulanya saya menyangka ia adalah sebuah buku agama untuk didermakan
kepada orang awam.
Setelah saya membaca isi kandungan buku ini, saya dapati terdapat banyak
petikan ayat-ayat Al-Quran dan penerangan yang meragukan serta
bertentangan dengan agama Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah
masyarakat Islam.

Di sini saya sertakan gambar kulit buku dan muka surat terakhir buku
tersebut untuk makluman dan diharap agar tuan/puan akan lebih
berhati-hati jika menerima naskah yang seumpama ini di masa akan datang
.

Buku ini akan diajukan kepada KKDN (Kementerian Keselamatan Dalam
Negeri) untuk tindakan selanjutnya.